Ciri-ciri murid yang terpilih berdasarkan perkara-perkara berikut;
1) Murid yang memiliki daya kepimpinan
2) Berdaya saing dalam pencapaian akademik
3) Memiliki akhlak dan sahsiah yang tinggi
4) Kurang menonjol dari segi akhlak dan disiplin tetapi ada potensi untuk berubah.
Kepada ibu bapa yang berazam untuk melihat anak-anak mereka memegang jawatan pengawas pada sesi persekolahan 2012 nanti tetapi tidak kesampaian, Badan disiplin Dan Pengawas SK paka II memohon maaf, dan berazam untuk cuba sedaya upaya memuaskan hati semua pihak. Murid-murid yang disenarai pendekkan sebagai pengawas akan diberi keutamaan sekiranya ada pengawas menolak tugas atau berpindah sekolah atau ada keperluan menambah jumlah pengawas pada masa akan datang, insyaallah.
Berikut ialah perincian bilangan pengawas yang diperlukan;
TAHUN | JUMLAH TERKINI | TAMBAHAN | JUMLAH PADA 2012 |
5 | L : 8 P : 14 | 3 (1L 2p) | 25 |
4 | L : 6 P : 8 | 6 ( 4L 2P) | 20 |
3 | L : 6 P : 9 | 1 p | 16 |
KKBP | L : 2 P ; 2 | TIADA | 4 |
PENGAWAS PELATIH TAHUN 2 | |||
LELAKI : 7 PEREMPUAN : 8 | 15 | ||
JUMLAH | 80 |
No comments:
Post a Comment