Friday 17 February 2012

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS 2012

 Majlis berlangsung pada pagi 12 Feb 2012 bertempat di dataran perhimpunan jam 8.30 pagi. Majlis diserikan dengan kehadiran 2 tetamu istimewa daripada  pasukan keselamatan PDRM, Kopral Daud Bin Jamil dan Kons Nuridayu Bt Che Ahmad yang juga Pegawai Perhubungan Sekolah yang baru.

Pada majlis ini seramai 76 orang pengawas disiplin telah menerima tauliah masing-masing yang akan bertugas sebagai pengawas sekolah ini untuk sesi 2012. syabas dan selamat bertugas..



ketua dan penolong


Pengawas dan pengurusan sekolah

pengawas dan guru penyelaras serta AJK

Thursday 16 February 2012

KURSUS SEHARI KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

Pada 11 Feb 2012 hari sabtu baru-baru ini satu kursus sehari dijalankan di sekolah ini yang disertai oleh
76 orang pengawas disiplin yang bakal ditauliahkan sebagai pengawas sekolah secara rasmi pada 12 Feb 2012.
Biarpun kursus pendek berkenaan dijalankan secara dalaman sahaja tidak melibatkan agensi luar sebagaimana
tahun-tahun lalu tetapi amat bermanafaat dan memberi kesan mendalam kepada para peserta. Mereka didedahkan dengan ciri-ciri pengawas idaman sekolah disamping melengkapkan mereka dengan kemahiran mengendalikan majlis-majlis rasmi yang menjadi rutin tugas pengawas.