Thursday 24 October 2013

Pelantikan pengawas sesi 2014

Beberapa perubahan dibuat berhubung pelantikan bagi sesi 2014. Ini adalah disebabkan kedudukan sekolah kini yang dikenali sebagai sekolah kluster kecemerlangan yang memerlukan pelbagai pengurusan perlu lebih cekap dan berkualiti termasuklah di dalam pengurusan disiplin. Perubahan itu termasuklah;

          1. perubahan unifom pengawas
          2. hanya pengawas yang berkualiti dikekal, jawatan seseorang pengawas dinilai tahun ke setahun
          3. memperkenalkan kad profiles pengawas yang di dalamnya akan dicatat jasa, kemahiran,
             sumbangan dan kes-kes perlanggaran disiplin.

untuk menjadikan Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah lebih efektif, kini Badan Disiplin dijadikan pengurusan induk dan Badan Pengawas dibentuk sebagai unit kecil yang mengendalikan urusan pengawas secara lebih fokus.