Sunday 10 August 2014

Bulan Disiplin 2014

Pada 3 Ogos 2014 pelancaran bulan disiplin dan sambutan kemerdekaan diadakan bertempat di dataran perhimpunan dan telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Mat Lazim Bin Abdullah.Kempen ini diharapkan dapat mendidik murid-murid dan warga sekolah mengamalkan peraturan sekolah disamping mewujudkan warga merdeka yang berjaya.






Tuesday 18 February 2014

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2014

Majlis telah disempurnakan Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM dari Balai Polis Paka Kopral Abdul Aziz Haji Manap pada 9 Feb 2014 di dataran sekolah. Seramai lebih 80 orang murid telah menerima sijil pelantikan masing-masing termasuklah pegawas perpustakaan, kantin, media dan rakan sebaya.


Wednesday 12 February 2014

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah 2014

Satu kursus pendek kepimpinan pengawas sekolah  diadakan pada 7 Feb 2014 hari jumaat. Kursus ini bertujuan memantapkan lagi pengawas yang baru dan lama terhadap bidang tugas kepengawasan. kursus ini dihadiri oleh 80 orang pengawas sekolah bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.


Penyerahan Tag Kebenaran Keluar Kelas 2014

Satu majlis ringkas penyerahan tag keluar kelas berlangsung di dewan sekolah pada 26 Jan 2014. Penyerahan tag berkenaan disempurnakan oleh Guru Besar SK Paka II Tuan Hj Mat Lazim Abdullah kepada semua guru kelas dan guru bilik-bilik khas. Tag keluar kelas ini bagi membendung sikap negatif murid yang gemar keluar kelas pada waktu kelas.