Saturday 31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012
Kepada semua pengawas yang diberikan amanah untuk menggalas tugas dan peranan penting dalam memastikan tahap disiplin sekolah sentiasa berada pada tahap yang membanggakan. Suka diingatkan pengawas dikehendaki bersiap siaga bermula pada hari pertama persekolahan. Pada tahun ini Badan Disiplin Dan Pengawas Sekolah (BDDP) akan memperkenalkan penilaian prestasi bagi setiap pengawas yang akan di pantau pada setiap bulan oleh AJK BDDP. Ini bagi menjamin hanya pengawas yang berkualiti sahaja yang berada di berada di dalamnya. Dalam mesyuarat terakhir BDDP yang lalu (Nov) keputusan telah diambil dan melantik ketua dan penolong pengawas untuk tahun 2012 iaitu:

Ketua Pengawas(L);
Ahmad Hasif Bin Amri
Penolong Ketua Pengawas (L)
Mihammad Munir Muhaimin B Sabtu

Ketua Pengawas (P)
Syuhairah Bt Mohd Nor
Penolong Ketua Pengawas (P)
Hanim Mashitah Bt Rosman

Tahniah kepada pengawas yang dilantik, semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan lagi..insyaalah.




Monday 10 October 2011

PK HEM Baru Untuk SK Paka II

Bercampur sedih dan gembira kehilangan PK HEM Tn Haji Mahzun Ismail yang berpindah ke SK Seberang Dungun berkuatkuasa 9 Okt 2011 yang lalu dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kehadiran kembali Enchek Rahmat Mustapa daripada SK Ketengah Jaya II yang menjawat jawatan PK HEM di sekolah ini. Untuk kedua-dua guru ini diucapkan tahniah dan selamat bertugas di tempat baru, semoga kebaikan jua sebagai impak di atas ketentuan yang Maha Berkuasa ini insyaallah.

Tuesday 4 October 2011

Format Baru Pemilihan Ketua Murid Dan Penolong Ketua Murid 2012.

         Setelah diteliti, terdapatnya kecelaruan pada tahun-tahun lepas berkenaan perlantikan ketua dan penolong ketua murid, Badan Disiplin Dan Pengawas akan memperkenalkan format baru pemilihan dengan mengambil kira beberapa ciri istimewa calon yang bakal dilantik dan pandangan guru-guru keseluruhannya. Kaedah ini diharapkan wujudnya pemilihan yang tepat dan adil disamping memastikan murid yang terpilih nanti benar-benar layak.

Tuesday 20 September 2011

Pertukaran Penolong Kanan I


Setelah bersara GB En Harun Bin Hussain kini SK Paka II kehilangan seorang lagi pentadbir yang menjadi kekuatan dan begitu komited dalam membangkitkan kecemerlangan akademik sekolah ini mulai 21 Setp 2011. Beliau yang dimaksudkan ialah En Muhammad Syafiq Bin Abdullah yang akan memulakan tugas barunya sebagai GB di SK Guntung Setiu. Kami JK Badan Disiplin Dan Pengawas Sekolah mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat semoga berbahagia dengan jawatan baru di tempat baru insyaallah.

Thursday 18 August 2011

MAKLUMAN PENTING UNTUK IBU BAPA/PENJAGA PENGAWAS SEKOLAH

Untuk makluman semua,  Badan Disiplin Dan Pengawas tidak akan menjalankan sebarang aktiviti berkenaan kepengawasan termasuklah mesyuarat berkalanya di luar waktu sekolah. Pihak kami akan mengeluarkan memo/pemberitahuan kepada ibu bapa/penjaga sekira terpaksa menjalankan satu-satu aktiviti yang melibatkan pengawas di luar waktu sekolah. Perlu diingat sekiranya di kesan mana-mana pengawas yang membohongi ibu bapa atas alasan untuk lewat pulang dari sekolah, ianya suatu kesalahan etika Badan Disiplin dan sahsiah diri. Mereka yang terlibat akan dipecat serta merta sebagai pengawas sekolah ini jika terbukti berlaku tidak jujur.
Sekian ... terima kasih.

Sunday 10 July 2011

Pengawas Pelatih Dan Tambahan Sesi 2011/2012

Mulai bulan Julai 2011, Badan Disiplin Dan Pengawas akan memilih murid yang bersesuaian untuk memegang tugas sebagai pengawas pelatih (tahun 2) dan pengawas tambahan (tahun 3,4 dan 5). Jumlah pengawas  yang  diperuntukkan untuk sesi persekolahan 2012 ialah 10 peratius daripada keseluruhan murid SK Paka 2.

Ciri-ciri murid yang terpilih berdasarkan perkara-perkara berikut;
               1)    Murid yang memiliki daya kepimpinan
               2)    Berdaya saing dalam pencapaian akademik
               3)    Memiliki akhlak dan sahsiah yang tinggi
               4)    Kurang menonjol dari segi akhlak dan disiplin tetapi ada potensi untuk berubah.
    Murid berkenaan disyorkan oleh guru kelas dan dipertimbangkan AJK Badan Disiplin Dan Pengawas sekolah.  Untuk makluman ibu bapa/penjaga mulai bulan ini juga pengawas tahun 6 telah dikecualikan dari tugas rutin bagi memberi peluang kepada murid berkenaan memberi tumpuan penuh untuk peperiksaan UPSR September ini.

    Kepada ibu bapa yang berazam untuk melihat anak-anak mereka memegang jawatan pengawas pada sesi persekolahan 2012 nanti tetapi tidak kesampaian, Badan disiplin Dan Pengawas SK paka II memohon  maaf, dan berazam untuk cuba sedaya upaya memuaskan hati semua pihak. Murid-murid yang disenarai pendekkan sebagai pengawas akan diberi keutamaan sekiranya ada pengawas menolak tugas atau berpindah sekolah atau ada keperluan menambah jumlah pengawas pada masa akan datang, insyaallah. 

    Berikut ialah perincian bilangan pengawas yang diperlukan;

    TAHUN
    JUMLAH TERKINI
    TAMBAHAN
    JUMLAH PADA 2012

    5

    L : 8
    P : 14


    3 (1L 2p)

    25

    4

    L : 6
    P : 8


    6 ( 4L 2P)

    20

    3

    L : 6
    P : 9


    1 p

    16

    KKBP

    L : 2
    P ; 2


    TIADA

    4
    PENGAWAS PELATIH TAHUN 2

    LELAKI                  :   7
    PEREMPUAN           :   8


                    
    15

    JUMLAH

    80

    Sunday 22 May 2011

    Tali Leher Baru Untuk Pengawas Lelaki

    Mulai bulan Jun 2011 semua pengawas lelaki akan melengkapkan seragam pengawas mereka dengan tali leher  baru bersulam, corak  menarik dan lebih mesra pengguna. Tali Leher berkenaan boleh diperolehi mulai sekarang di kedai koperasi sekolah dengan harga RM 18.


    Sunday 15 May 2011

    21 - 24 April 2011 Kem Jati Diri

    Kem Kepimpinan yang julung kalinya diadakan di luar persekitaran sekolah berjaya mencapai matlamatnya. Kesepaduan pengisian dengan pelbagai kemahiran memupuk nilai murni kekitaan, keberanian, ketakwaan dan bersosial berjaya disemai dikalangan pengawas sekolah bertujuan mewajakan diri dan peribadi sebagaimana moto Badan Disiplin Dan Pengawas;

    " Pengawas Waja Sekolah Berjaya "