Friday 28 December 2012

MAKLUMAN KHUSUS KEPADA PENGAWAS PELATIH 2012

kepada pengawas pelatih yang tidak menerima surat penyingkiran daripada Badan Disiplin Dan Pengawas pada bulan November baru-baru ini adalah murid yang telah melepasi tahap minima untuk menjawat jawatan pengawas sekolah mulai Januari 2013. Ibu bapa dan penjaga dikehendaki memastikan murid berkenaan berpakaian pengawas lengkap mulai awal sesi persekolahan 2013. sekian, terima kasih.

Monday 22 October 2012

Perlantikan Pengawas Pelatih Sesi 2012/2013


Seramai 27 orang pengawas pelatih telah dilantik dan dilatih menjalankan tugas sebagai pengawas bermula awal Sept 2012 yang lalu. 16 orang pengawas baru tahun 2 dan selebihnya pengawas tambahan daripada tahun 3,4 dan 5. Murid-murid ini bakal memakai unifom pengawas sekolah pada Jan 2013. Tahniah..


Sunday 15 April 2012

BULAN DISIPLIN " KEMPEN 5S " 2012

Pada pagi 15 April 2012 baru-baru ini, bersama semangat menggapai " kluster " SK Paka II. Badan Disiplin Dan Pengawas bersama Bahagian Bimbingan Dan Kauseling serta AJK Kemenjadian Sekolah di bawah Pengurusan HEM melancarkan kempen 5S untuk selama 2 bulan bermula 1 April hingga 30 Mei 2012. 5S bertujuan memupuk sikap mesra, Senyum, Sapa, Salam, Senyap dan Sopan. Objektif kempen ini adalah sebagai satu langkah pro aktif terhadap pembudayaan nilai-nilai murni dalam iklim sekolah ini seiring dengan kecermelangan akademik dan kokurikulum.

Syabas dan tahniah kepada AJK Kerja perlancaran, Pengurusan Sekolah dan seluruh warga sekolah.


Friday 17 February 2012

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS 2012

 Majlis berlangsung pada pagi 12 Feb 2012 bertempat di dataran perhimpunan jam 8.30 pagi. Majlis diserikan dengan kehadiran 2 tetamu istimewa daripada  pasukan keselamatan PDRM, Kopral Daud Bin Jamil dan Kons Nuridayu Bt Che Ahmad yang juga Pegawai Perhubungan Sekolah yang baru.

Pada majlis ini seramai 76 orang pengawas disiplin telah menerima tauliah masing-masing yang akan bertugas sebagai pengawas sekolah ini untuk sesi 2012. syabas dan selamat bertugas..



ketua dan penolong


Pengawas dan pengurusan sekolah

pengawas dan guru penyelaras serta AJK

Thursday 16 February 2012

KURSUS SEHARI KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

Pada 11 Feb 2012 hari sabtu baru-baru ini satu kursus sehari dijalankan di sekolah ini yang disertai oleh
76 orang pengawas disiplin yang bakal ditauliahkan sebagai pengawas sekolah secara rasmi pada 12 Feb 2012.
Biarpun kursus pendek berkenaan dijalankan secara dalaman sahaja tidak melibatkan agensi luar sebagaimana
tahun-tahun lalu tetapi amat bermanafaat dan memberi kesan mendalam kepada para peserta. Mereka didedahkan dengan ciri-ciri pengawas idaman sekolah disamping melengkapkan mereka dengan kemahiran mengendalikan majlis-majlis rasmi yang menjadi rutin tugas pengawas.