Monday 11 November 2013

Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2013

Alhamdulillah satu majlis jamuan pengawas SK Paka II 2013 dan penyerahan plug bagi mengenang jasa bakti pengawas tahun enam disempurnakan pada 11 Nov 2013 di kantin sekolah SK Paka II. Semoga pengawas SK Paka II terus menjadi tulang belakang kecemerlangan sekolah pada masa depan.


Thursday 24 October 2013

Pelantikan pengawas sesi 2014

Beberapa perubahan dibuat berhubung pelantikan bagi sesi 2014. Ini adalah disebabkan kedudukan sekolah kini yang dikenali sebagai sekolah kluster kecemerlangan yang memerlukan pelbagai pengurusan perlu lebih cekap dan berkualiti termasuklah di dalam pengurusan disiplin. Perubahan itu termasuklah;

          1. perubahan unifom pengawas
          2. hanya pengawas yang berkualiti dikekal, jawatan seseorang pengawas dinilai tahun ke setahun
          3. memperkenalkan kad profiles pengawas yang di dalamnya akan dicatat jasa, kemahiran,
             sumbangan dan kes-kes perlanggaran disiplin.

untuk menjadikan Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah lebih efektif, kini Badan Disiplin dijadikan pengurusan induk dan Badan Pengawas dibentuk sebagai unit kecil yang mengendalikan urusan pengawas secara lebih fokus.

Tuesday 5 March 2013

Majlis Pentauliahan Pengawas SK Paka II 2013

Pada 24 Feb 2013 seramai 83 pengawas disiplin sekolah telah menerima watikah perlantikan masing-masing pada majlis ringkas perhimpunan pagi di dewan SK Paka II. Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Balai, Balai Polis Paka bermula jam 8.00 pagi. Selamat menjalankan tugas..